Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
META hari ini memohon maaf kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM), Majlis Sukan Negeri Johor dan pihak lain yang terkesan dengan kandungan Facebook RTM yang tular berkaitan istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara, Sabtu lepas. Foto fail AFP

META mohon maaf kepada RTM, Majlis Sukan Negeri Johor atas kesalahan terjemahan di Facebook

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Julai: META hari ini memohon maaf kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM), Majlis Sukan Negeri Johor dan pihak lain yang terkesan dengan kandungan Facebook RTM yang tular berkaitan istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara, Sabtu lepas.

Pengarah Dasar Awam Asia Tenggara META Rafael Frankel dalam satu kenyataan berkata META menyedari berlaku kesilapan dalam terjemahan automatik daripada bahasa Melayu ke bahasa Inggeris yang menjejaskan hantaran Facebook berkaitan istiadat pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim serta hari keputeraan isteri Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che’ Puan Khaleeda Bustamam.

“Kami telah pun menyelesaikan kesilapan teknikal ini. Kami amat menghormati Keluarga kerabat Diraja Malaysia dan memohon maaf dengan ikhlas kepada RTM, Majlis Sukan Negeri Johor, serta pihak-pihak lain yang terkesan dengan kejadian ini,” katanya.

Semalam, RTM menjelaskan bahawa mereka tidak memuat naik sebarang maklumat rasmi dalam bahasa Inggeris seperti yang tular di Facebook berhubung pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sabtu lalu.

Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Penyiaran Malaysia dalam kenyataan memaklumkan apa yang  dipaparkan di laman Facebook rasmi RTM adalah terjemahan automatik oleh sistem Facebook.

RTM telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menghubungi META mengenai terjemahan yang tidak tepat oleh sistem META. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan