Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pekerja kontraktor di sebuah kilang pembuatan di Perai di sini maut selepas terjatuh dari ketinggian 5.2 meter (m) semasa melakukan kerja pada 25 Julai lalu. Foto hiasan Envato

Lelaki maut tersepit antara rak besi dan lori

ByBernama

BUKIT MERTAJAM, 22 Julai: Seorang pemandu lori berusia 64 tahun maut di lokasi kejadian selepas tersepit di antara rak besi dan lori dalam kemalangan di sebuah kilang pembuatan di sini pada Sabtu lepas.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan(JKKP) Pulau Pinang Hairozie Asri berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian, lelaki tempatan itu telah menghidupkan enjin lori untuk memulakan kerja dengan mangsa dikatakan menghidupkan enjin lori itu dengan hanya membuka pintu lori tanpa memasuki ruang pemandu.

“Lori berkenaan telah bergerak ke hadapan sebaik sahaja pemandu itu menghidupkan enjin menyebabkan mangsa tersepit di antara lori dan rak besi yang berada bersebelahan dengan kenderaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Hairozie berkata JKKP Pulau Pinang telah mengeluarkan notis pemberhentian serta-merta ke atas kerja-kerja di kawasan kejadian di kilang itu sehingga siasatan selesai dijalankan selain mengarahkan majikan untuk menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian serta langkah penambahbaikan sebelum membentangkan kes kepada pihaknya.

“Pihak kami akan menjalankan siasatan susulan dengan mendapatkan dokumen berkaitan serta merakam percakapan dalam pemeriksaan dari saksi yang dikenal pasti seterusnya lawatan susulan ke premis majikan selepas tindakan penambahbaikan dan pencegahan diambil,” katanya.

Beliau berkata menjadi tanggungjawab majikan di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja serta JKKP memandang serius setiap kemalangan serta penyakit pekerjaan berpunca daripada aktiviti pekerjaan di semua sektor. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan