Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Foto fail Bernama

Jangan biarkan politik kebencian terus menebal sehingga berita palsu, fitnah jadi panduan – Fahmi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta rakyat Malaysia untuk tidak membiarkan politik kebencian terus menebal, sehingga berita palsu dan fitnah dijadikan panduan.

Beliau berkata ini berikutan berita palsu dan fitnah itu berbahaya, sehingga boleh merosakkan imej negara, meruntuhkan keharmonian dan perpaduan yang sudah sekian lama terjalin, serta memberi ancaman kepada kemerdekaan negara.

“Menginjak usia 67 tahun kemerdekaan negara, perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, agama dan latar belakang, sewajarnya semakin utuh.

“Kita telah pun memasuki fasa sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia. Justeru, ketepikanlah segala perbezaan dan hayati erti sebenar kemerdekaan yang membawa kepada penyatuan seluruh warganegara,” katanya di laman X hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi turut menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menyempurnakan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di Cyberjaya, petang tadi.

“Terima kasih juga kepada YAB (Yang Amat Berhormat) Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Amirudin Shari) atas kesudian menjadi tuan rumah dan mengalu-alukan sambutan ini diadakan di negeri Selangor Darul Ehsan.

“Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka!,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan