Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Viva dan kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Corolla Cross di Kilometer 10, Jalan Pasir Puteh-Machang awal pagi tadi. Foto BBP Pasir Puteh

Ibu, anak berusia tiga tahun maut dalam kemalangan di Pasir Puteh

ByBernama

KOTA BHARU, 22 Julai: Dua maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Viva dan kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Corolla Cross di Kilometer 10, Jalan Pasir Puteh-Machang awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Supt Zaizul Rizal Zakaria berkata dua yang maut itu merupakan seorang wanita berusia 36 tahun dan anaknya berusia tiga tahun, manakala anak saudaranya berusia 18 tahun mengalami kecederaan.

“Kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Viva dipandu wanita tersebut dari arah Machang menghala ke Pasir Puteh telah hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan SUV Toyota Cross.

“Akibat pelanggaran itu mangsa maut di lokasi kejadian dan anaknya meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh manakala anak saudaranya yang cedera dirawat di hospital sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaizul Rizal berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan tersebut diminta tampil ke balai berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik di talian 019-9386224. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan