Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu mempunyai pengalaman luas di peringkat negeri dan Persekutuan serta mampu mengangkat martabat Dewan Negara ke tahap yang lebih tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Bernama

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu mempunyai pengalaman luas di peringkat negeri dan Persekutuan serta mampu mengangkat martabat Dewan Negara ke tahap yang lebih tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelantikan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Nangka, Sarawak itu adalah bagi menggantikan Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pada 10 Mei lepas.

“Hadir ke Dewan Negara pagi ini bagi pelantikan Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

“Pengalaman luas beliau, baik di peringkat negeri dan persekutuan, pastinya mampu mengangkat martabat Dewan Negara ke tahap yang lebih tinggi lagi,” kata Anwar dalam catatan terbaharu menerusi Facebook beliau.

Anwar mengemukakan nama Awang Bemee, yang juga calon tunggal sebagai cadangan nama ahli untuk dipilih pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15 hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan