Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol seru generasi muda terus mendakap semangat memajukan Sarawak. Foto TVS

Abdullah ajak warga Sarawak terus dakap semangat majukan Sarawak

BySaibi Gi

KUCHING, 22 Julai: Masa depan Sarawak yang cemerlang terletak pada semangat juang tinggi generasi kini dalam meneruskan warisan para pemimpin terdahulu.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol berkata semangat itu wajar kekal membara dalam sanubari setiap anak Sarawak.

“Ayuh anak Sarawak, kita dakap sepenuh jiwa raga. Semangat perjuangan dan kepimpinan dahulu dan sekarang untuk sama sama memelihara dan mempertahankan semua kepentingan dan hak Sarawak.

“Kita pamerkan kesungguhan dan disiplin, kerajinan dan kecekalan, keberanian dan wawasan, demi Sarawak Ibu Pertiwiku dan masa depan warisan anak Sarawak,” katanya menerusi ucapan sempena sambutan Hari Sarawak yang dirakam Unit Komunikasi Awam Sarawak.

Menurutnya, tarikh 22 Julai setiap tahun adalah tarikh sangat bermakna buat semua warga Sarawak yang menandakan 61 tahun dahulu wilayah ini bebas dan merdeka.

Sejak tarikh itu, anak Sarawak mula bebas mentadbir untuk menentukan masa depan.

“Semoga bumi bertuah Sarawak sentiasa dirahmati dengan keamanan, kemakmuran, perpaduan dan masa depan yang terbaik dan cemerlang untuk kita semua,” katanya.

Ketika dihubungi, Abdullah berkata ketika kepimpinan Sarawak sedang bergerak pantas dan agresif di landasan corak politik pembangunan era baru yang mendakap pelbagai inisiatif ekonomi moden, anak Sarawak terutama generasi baru seharusnya bergerak seiring dengan berpendidikan, berinovasi dan berfikiran kompetitif.

“Suasana geopolitik dan ekonomi di seluruh dunia sebenarnya sangat mempengaruhi kehidupan kita sama ada kita sedar atau tidak.

“Pendek kata mentaliti kedaerahan dan retorik politik popular yang mengarut tidak akan membawa sebarang perubahan terhadap kehidupan kita.

“Siapa yang kekal ‘kaku dan lalai’, dia akan ketinggalan dan tiada siapa yang menunggu,” katanya.

Dalam pada itu, Sambutan Perayaan Hari Sarawak yang bertemakan “Sarawak Maju Makmur” pada tahun ini diadakan di Bintulu pada malam ini yang akan disiarkan TVS secara langsung.

Sambutan di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu akan diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan