Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek yang disyaki menembak dua anggota bomba sehingga maut dan mencederakan seorang lagi dalam serangan hendap pada Ahad di negeri Idaho, Amerika Syarikat, ditemukan mati. Foto hiasan Envato

15 disahkan maut dalam kejadian jambatan runtuh di China

ByBernama

XI’AN, 22 Julai: Pasukan penyelamat telah menemukan 15 mayat mangsa dalam insiden jambatan lebuh raya runtuh di wilayah Shaanxi, barat laut China, kata pihak berkuasa tempatan pada petang Ahad, lapor Xinhua.

Menurut pihak berkuasa, jumlah petugas penyelamat profesional di lokasi telah meningkat kepada 1,630 orang pada 2 petang Ahad, lebih sehari selepas runtuhan yang mengakibatkan 12 maut dan 31 lagi hilang.

Dengan bantuan 205 kenderaan, 63 kapal dan 82 dron, pasukan penyelamat sedang menyisir sepanjang 70 kilometer Sungai Jinqian di hilir dari lokasi runtuhan.

Lebih 1,500 penduduk tempatan turut menyertai pencarian.

Bahagian sepanjang 40 meter Jambatan No. 2 di Kampung Yanping runtuh kira-kira 8.40 malam pada Jumaat, selepas hujan lebat menyebabkan banjir kilat di Sungai Jinqian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan