Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan telah berjaya menangkap suspek lelaki yang melakukan khianat terhadap kenderaan awam yang melalui jalan raya di hadapan Bucida Resident, Kota Samarahan, petang semalam. Foto IPD Samarahan

Suspek lakukan khianat kenderaan awam diberkas, dipercayai hadapi masalah mental

KOTA SAMARAHAN, 21 Julai: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan telah berjaya menangkap suspek lelaki yang melakukan khianat terhadap kenderaan awam yang melalui jalan raya di hadapan Bucida Resident di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Jaimi Husin berkata, tangkapan suspek berusia 52 tahun itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) dan Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Kota Samarahan bertempat di Jalan Chai Chon Kampung Kuap pada jam 2.25 petang.

“Pihak polis turut membuat rampasan sebatang kayu yang dipercayai digunakan dalam kejadian, berdasarkan keterangan saksi setempat menyatakan suspek mempunyai masalah mental,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, suspek dirujuk kepada Hospital Kota Sentosa untuk tujuan pengesahan dan jika mempunyai masalah mental akan diberi rawatan selanjutnya.

“Kertas siasatan juga akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” ujarnya.

Dalam kejadian pada Jumaat, pihak polis telah mengesan satu posting yang dimuat naik di Facebook ‘Sarawak Roads Update’ yang berdurasi 15 saat memaparkan satu kejadian di mana seorang suspek lelaki telah memukul kenderaan dengan menggunakan kayu semasa melalui jalan raya bertempat di jalan hadapan Bucida Resident, Kota Samarahan.

Polis menerima satu laporan jam 3.49 petang, daripada pengadu seorang wanita tempatan telah menjadi mangsa kejadian semasa memandu kereta Honda HRV miliknya ketika melalui jalan raya tersebut.

“Kenderaan mangsa dengan secara tiba-tiba telah dipukul oleh suspek yang disyaki kurang siuman dengan menggunakan kayu menyebabkan berlakunya kerosakan lampu belakang di bahagian kiri telah pecah, akibat kejadian pengadu mengalami kerugian dianggarkan RM1,200. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan