Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom berucap pada majlis penangguhan Sarawak Agrofest 2024 di Bintulu pada Ahad. Foto TVS

Sarawak Agrofest 2024 dekatkan pertanian kepada rakyat

BINTULU, 21 Julai: Sarawak Agrofest memainkan peranan penting dalam mendekatkan indsutri pertanian kepada rakyat, selain menjadi wadah dalam sebahagian daripada usaha mensejahterakan masyarakat.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (MFICORD), Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, platform eTani yang diperkenalkan untuk membantu golongan petani mendapat sambutan yang amat mengalakkan apabila ramai golongan petani telah mendaftarkan diri dalam platform tersebut semasa menghadiri Sarawak Agrofest 2024 di Bintulu.

“Pada Sarawak Agrofest di Bintulu kali ini, lebih daripada 3,000 orang petani telah mendaftarkan diri dalam platform eTani ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penangguhan Sarawak Agrofest 2024 di Lapangan Terbang Lama Bintulu pada Sabtu.

Stephen Rundi turut menggesa agar rakan-rakan serta ahli-ahli berhormat yang hadir pada kali ini untuk membantu menguar-uarkan kelebihan mendaftar serta kemudahan yang dapat diperoleh dalam menggunakan sistem eTani ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan