Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bergambar bersama penerima Geran Projek Khas (MRP) di Bintulu pada Ahad. Foto TVS

RM80,000 MRP disalurkan kepada 16 penerima di DUN Jepak

BINTULU, 21 Julai: Seramai 16 orang penerima yang terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan rumah panjang, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah serta badan bukan kerajaan (NGO) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, di sini, menerima Geran Projek Khas (MRP) serta Projek Kecil Luar Bandar (PKLB) daripada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berjumlah RM80,000.

Menurut Awang Tengah, geran yang diagihkan itu merupakan sebahagian daripada permohonan yang dikemukakan dan dianggap layak untuk menerima peruntukan yang dikhaskan pada tahun ini.

Ujarnya lagi, geran yang diagihkan itu akan digunakan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti serta program di kawasan terbabit.

“Inisiatif ini akan kita teruskan selagi kita dapat meningkatkan pendapatan negeri kita menerusi rekayasa pendapatan yang diusahakan oleh Premier Sarawak. Kita bersyukur kerana pada tahun lalu, pendapatan yang kita peroleh melebihi angka RM13 bilion,” katanya.

“Menerusi perolehan ini, kita melaksanakan pelbagai projek pembangunan antara lainnya termasuklah penambahbaikan serta naik taraf jalan raya, jambatan, bekalan air serta elektrik, sistem satelit serta telekomunikasi. Pada masa yang sama, kita turut memberikan peruntukan kepada Yang Berhormat kita menerusi MRP dan PKLB ini,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian selesai program penyerahan Geran Projek Khas (MRP) kepada penerima di Bintulu pada Ahad.

Tambah Awang Tengah, peruntukan tersebut merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak menerusi penyaluran RM2 juta bagi projek-projek di bawah MRP dan RM5 juta bagi projek-projek melibatkan PKLB setahun yang disalurkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di bawah kerajaan.

Awang Tengah turut menyeru agar penduduk di kawasan-kawasan terlibat, khususnya pemimpin di peringkat akar umbi untuk mengukuhkan kerjasama dengan ADUN masing-masing agar pelbagai bentuk bantuan dan inisiatif kerajaan dapat disalurkan mengikut keperluan penduduk. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan