Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD), Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom. Foto TVS

M-FICORD giat perkasa golongan petani, pekebun kecil di luar bandar

BySteward Dawi

BINTULU, 21 Julai: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) giat memperkasa golongan petani dan pekebun kecil di luar bandar, seiring dengan matlamat Kerajaan Sarawak menjadikan wilayah ini berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Menterinya, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, masyarakat di luar bandar banyak mengusahakan sektor pertanian dan mereka perlu tahu setiap pekerjaan yang dilakukan itu memberi pulangan yang setimpal.

“Kita juga memastikan keterjaminan dan keselamatan makanan di negeri ini. Kita di (M-FICORD) terus membantu dalam meningkatkan tahap sosioekonomi rayat di pedalaman dan luar bandar, lebih-lebih lagi petani dan pekebun kecil yang masih tertinggal dari beberapa aspek penting berkaitan ekonomi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa menghadiri majlis raptai penuh sambutan Hari Sarawak 2024 di Lapangan Terbang Lama Bintulu, malam Sabtu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena itu berkata, bagi merealisasikan matlamat itu rakyat mesti memberi kerjasama yang jitu bagi meneruskan dan meningkatkan lagi agenda memakmurkan ekonomi rakyat yang menjadi keutamaan Kerajaan Sarawak.

“Bank Dunia turut mengiktiraf kita menjadi wilayah yang berpendapatan tinggi dan ini tepat sekali.

“Tetapi kita (Kerajaan Sarawak) mahu semua rakyat merasakan kenikmatan melalui hasil pendapatan ini, bukan hanya segelintir rakyat sahaja,” ujarnya.

Tambahnya, Kerajaan Sarawak sekarang ini terus memfokuskan pembangunan prasarana dan infrastruktur seperti jaringan jalan raya yang lebih baik, bekalan air dan elektrik di seluruh pelosok Sarawak.

“Ini semua tidak dapat dilakukan sekelip mata, tetapi kita terus berusaha dan menjelang 2030, kita akan dapat menikmati semua kemudahan ini,” tambahnya.-TVS

 

 

 

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan