Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof menyaksikan sesi penyerahan Surat Setuju Terima kepada kontraktor yang dilantik dalam Projek PLSB Sungai Sarawak Pakej 3 hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Kontraktor mesti laksana projek PLSB Sungai Sarawak siap ikut jadual – Fadillah

ByMuqri Aziz

KUCHING, 21 Julai: Kerajaan Persekutuan bertegas kepada kontraktor yang dilantik bagi melaksanakan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak untuk menyiapkan projek berkenaan mengikut tempoh masa serta jadual yang ditetapkan iaitu pada 2026.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia dapat mempercepatkan usaha kerajaan untuk menangani isu bencana banjir yang sering berlaku terutamanya di kawasan kritikal di bandar raya ini.

“Jadi, mana-mana kontraktor yang dilantik oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) untuk memastikan projek dapat disiap mengikut tempoh dan waktu yang ditetapkan dengan mengikut spesifikasi dan standard yang ditetapkan.

“Saya juga harapkan pihak kontraktor dapat melaksanakan projek mengikut peruntukan yang telah diberikan dan jika saya dapati pihak kontraktor tidak dapat melaksanakan projek mengikut waktu yang ditetapkan akan diambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada Majlis Pecah Tanah Pembangunan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak (Pakej 3) di Dewan SK Tan Sri Datuk Hj Mohamed, Matang di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman.

Dalam majlis itu, PETRA telah memperuntukkan sebanyak RM191 juta untuk menangani isu bencana banjir yang sering berlaku di kawasan kritikal di Kuching.

Peruntukan itu disalurkan melalui tiga pakej projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak yang dijangka siap pada Mei 2026.

Sehubungan itu, beliau mahu pihak kontraktor untuk sentiasa berunding dan sentiasa memaklumkan kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengenai kaedah pelaksanaan sepanjang tempoh pelaksanaan projek kelak.

Ini kerana menurutnya, ia dapat mengurangkan segala kepayahan serta permasalahan yang mungkin berlaku sepanjang pelaksanaan projek itu kelak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan