Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Korea Selatan akan bersaing dengan 143 atlet dalam 21 daripada 32 sukan, menandakan delegasi Olimpik Musim Panas terkecil sejak 1976. Foto: AFP

Kontinjen Korea Selatan tiba di Paris, sasar lebih daripada jangkaan pingat

ByBernama

PARIS, 21 Julai: Kontinjen utama Korea Selatan untuk Sukan Olimpik Paris tiba di ibu negara Perancis itu, dengan tekad untuk melebihi jangkaan pingat mereka yang sederhana, lapor agensi berita Yonhap.

Pasukan yang terdiri daripada 30 atlet dan 18 pegawai daripada Jawatankuasa Sukan & Olimpik Korea (KSOC) tiba di Lapangan Terbang Charles de Gaulle Paris pada Sabtu malam selepas penerbangan selama 14 jam dari Korea Selatan.

Gu Bon Gil, juara dua kali Olimpik dalam acara lawan pedang sabre lelaki, mengetuai delegasi sambil membawa bendera kebangsaan, Taegeukgi.

Upacara pembukaan dijadualkan pada Jumaat, dengan acara pusingan awal dalam beberapa sukan bermula lebih awal dalam minggu itu.

Korea Selatan akan bersaing dengan 143 atlet dalam 21 daripada 32 sukan, menandakan delegasi Olimpik Musim Panas terkecil sejak 1976.

KSOC telah menetapkan sasaran untuk memenangi lima pingat emas, dengan matlamat untuk berada di sekitar 15 teratas dalam jadual pingat, yang akan menjadi jumlah pingat emas terendah negara itu dalam Sukan Olimpik Musim Panas sejak 1976.

Presiden KSOC Lee Kee Heung menyatakan keyakinan dengan berkata, “Atlet dan jurulatih mereka telah bekerja keras, dan kami semua merasakan tanggungjawab untuk memberikan kegembiraan kepada rakyat dengan persembahan yang baik.”

Menurut KSOC, atlet dalam renang berirama, terjun, taekwondo, dan ekuestrian akan tiba di Paris akhir minggu ini.

Aksi rasmi pertama Korea Selatan akan berlangsung pada Khamis dengan pusingan penarafan individu lelaki dan wanita dalam memanah dan perlawanan awal bola baling wanita menentang Jerman. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan