Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kes demam denggi dilaporkan berkurangan kepada 2,373 kes pada Minggu Epidemologi ke-28 (ME28) iaitu bagi tempoh 7 hingga 13 Julai. Foto hiasan Envato

Kes demam denggi berkurangan pada ME28, tiada kematian dilaporkan

ByBernama

PUTRAJAYA, 21 Julai: Kes demam denggi dilaporkan berkurangan kepada 2,373 kes pada Minggu Epidemologi ke-28 (ME28) iaitu bagi tempoh 7 hingga 13 Julai lepas berbanding 2,805 kes pada minggu sebelumnya, dengan tiada kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME28 adalah sebanyak 80,441 kes berbanding 63,966 kes bagi tempoh sama pada 2023.

“Terdapat 65 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 45 kematian bagi tempoh sama pada 2023,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME28 pula sebanyak 100 lokaliti berbanding 86 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.

Menurutnya daripada 100 lokaliti dilaporkan, 74 lokaliti di Selangor, masing-masing enam lokaliti di Negeri Sembilan dan Perak, enam lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, empat lokaliti di Kedah, dua lokaliti di Pulau Pinang serta masing-masing satu di Sarawak dan Sabah.

Dr Muhammad Radzi berkata bagi survelan chikungunya, terdapat tujuh kes direkodkan pada ME28 dan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 54 kes.

Bagi survelan zika pula, beliau berkata sebanyak 1,437 sampel darah, lapan sampel urin dan tiga sampel cecair serebrospinal telah dijalankan saringan zika, dan hasil kesemuanya adalah negatif. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan