Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom pada majlis penangguhan Sarawak Agrofest 2024 di Bintulu pada Ahad. Foto TVS

Kerjasama dan inisiatif bersama asas pembangunan industri pertanian

BINTULU, 21 Julai: Semua pihak termasuk pemain industri dalam sektor makanan dan komoditi diseru untuk tidak hanya bergantung kepada cadangan dan perbincangan kerajaan atau pihak berkuasa dalam bidang pertanian dan komoditi.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (MFICORD), Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, tanggungjawab untuk memajukan industri pertanian bukan hanya terletak pada satu pihak sahaja, sebaliknya kerjasama antara semua pihak yang terlibat adalah penting untuk mencapai kejayaan dalam sektor industri tersebut.

“Justeru, kita jangan hanya menunggu apa yang disarankan, dibincangkan serta apa yang diketengahkan oleh pihak kerajaan dan pihak berkuasa terutama dalam perkara yang melibatkan industri pertanian dan sebagainya,” katanya.

“Pada masa yang sama, kita harus mencari pihak yang mempunyai kuasa serta tanggungjawab dalam industri ini, agar mereka ini dapat membantu individu yang terlibat untuk membangunkan perusahaannya. Dalam erti kata lain, semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan kejayaan industri ini,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penangguhan Sarawak Agrofest 2024 di Lapangan Terbang Lama Bintulu pada Sabtu.

Rundi dalam pada itu turut berharap agar semua pihak dapat bekerjasama dan mengambil langkah proaktif untuk membangunkan industri pertanian dan komoditi negara ke tahap yang lebih tinggi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan