Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Muhammad Jauhar ketika ditemui media. Foto TVS

Cedera terkena serpihan peluru tidak patahkan semangat Chef Joe

KUCHING, 21 Julai: Bukan mudah untuk menjadi pahlawan negara, ia memerlukan pengorbanan serta semangat juang yang tinggi, meskipun terpaksa berdepan cabaran getir, namun ia ditempuh penuh patriotik demi bangsa dan negara.

Demikian luahan Ketua Chef Restoran Seri Songket, Muhammad Jauhar atau Johnese yang berkongsi pengalamannya ketika berkhidmat sebagai tukang masak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semasa menyertai pasukan pengaman, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan pada 2007.

Bercerita lanjut, antara peristiwa yang tidak dapat dilupakannya, apabila terkena serpihan peluru ketika menyertai operasi pembersihan mayat semasa konflik Israel-Lubnan.

“Pengalaman sepanjang kami berkhidmat sebagai tukang masak adalah semasa berkhidmat di Lubnan, kami dihantar untuk menyertai pasukan pengaman UN, itulah pengalaman yang tidak dapat dilupakan terutama semasa terkena serpihan peluru.

“Walaupun cedera, sakit dan teruk, tetapi kami tidak pernah putus asa dan tetap teruskan semangat perjuangan kami,” katanya.

Di sebalik kisah itu katanya, secara tidak langsung telah membangkitkan semangat perjuangan kuat serta sanggup berkorban untuk tanah tumpah darah tercinta.

Sempena sambutan Hari Sarawak, jelasnya ia diabadikan sebagai salah satu set terjemahan sumbang dan baktinya kepada Sarawak apabila kembali berkhidmat di bumi bertuah ini setelah 21 tahun berkelana di perantauan.

“Boleh dianggap seperti itu, apabila saya membuat keputusan untuk pulang ke Sarawak, kerana sudah begitu lama hidup di perantauan jauh dari tanah tumpah sendiri.

“Jadi sekarang saya kembali ke Sarawak dan cuba untuk berkhidmat dan memberikan segala pengalaman yang ada untuk tanah air sendiri,” katanya.

Jauhar atau lebih mesra dengan panggilan Chef Joe berkata ia sekali gus membina jati diri dalam mendidik anak bangsa agar tidak mudah mengalah di samping menyemarakkan rasa cinta terhadap negara dan bangsa untuk menjadi lebih kuat dan kukuh dalam apa juga bidang yang diceburi.

“Sebab keinginan saya adalah menjadi seorang tukang masak berjaya serta dapat mendidik anak-anak bangsa akan semangat patriotik kepada negara dan bangsa.

“Supaya kita jadi lebih kuat, kalau kita lemah, itulah yang menyebabkan kita susah, dan cita-cita yang dinginkan tidak akan tercapai,” katanya lagi.

Anak jati kelahiran Oya, Sibu berusia 44 tahun itu, pernah berkhidmat di lima negara sebelum bersara dan membuka perniagaan makanan dan minuman di Semenanjung namun terpaksa menghentikan operasinya susulan pandemik COVID-19. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan