Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman mengeluarkan sebanyak 29 saman atas pelbagai kesalahan dilakukan penunggang motosikal dalam operasi yang dijalankan di Jalan Lingga - Stumbin petang semalam. Foto IPD Sri Aman

29 saman dikeluarkan IPD Sri Aman dalam operasi motosikal

SRI AMAN, 21 Julai: Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman mengeluarkan sebanyak 29 saman atas pelbagai kesalahan dilakukan penunggang motosikal dalam operasi yang dijalankan di Jalan Lingga – Stumbin di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mathew Manggie berkata, operasi itu diadakan mulai jam 4.30 petang sehingga jam 8 malam membabitkan 19 pegawai dan anggota.

“Sebanyak 19 buah motosikal telah diperiksa melibatkan 23 orang lelaki.

“Antara kesalahan yang dilakukan ialah tiada nombor pendaftaran, tiga saman, ubah suai ekzos (5), ubah suai struktur kelengkapan (3), tiada cermin pandang belakang (5), tiada Lesen (3), tidak pamer “P” (2) dan tidak pakai topi keledar (8),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, sebanyak tujuh buah motosikal ditahan di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas pelbagai kesalahan.

“Operasi dijalankan atas aduan orang awam di media sosial dalam membanteras lumba haram,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan