Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 17 premis perniagaan barangan lusuh diperiksa dalam Op Bersepadu Cegah Jenayah Op Lusuh Inter-Agensi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu yang diadakan pada 18 hingga 19 Julai lalu.Foto IPD Sibu

17 premis di Sibu diperiksa dalam Op Lusuh

SIBU, 21 Julai: Sebanyak 17 premis perniagaan barangan lusuh diperiksa dalam Op Bersepadu Cegah Jenayah Op Lusuh Inter-Agensi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu yang diadakan pada 18 hingga 19 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, sepanjang operasi itu satu tangkapan dilakukan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana telah dikesan memiliki beberapa komponen motosikal yang disyaki dicuri.

“Tiga premis telah dikenakan tindakan di bawah Seksyen 6, Akta Peniaga Sekendhend 1946 kerana tidak memiliki lesen perniagaan barang-barang sekendhend manakala sebuah lagi premis telah dikenakan kompaun oleh penguatkuasa Pejabat Kesihatan Sibu kerana kesalahan gagal menjaga kebersihan premis dari pembiakan nyamuk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi dijalankan dengan kerjasama penguatkuasa daripada Majlis Perbandaran Sibu, Pejabat Kesihatan Sibu, Jabatan Imigresen Sibu, Jabatan Tanah dan Survei Sibu, Sarawak Energy Sibu, Sibu Water Board, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Sibu, TM-Telekom Sibu, Majlis Luar Bandar Sibu serta wakil syarikat Telco

“Objektif operasi dijalankan adalah bertujuan untuk memastikan semua pemilik premis sekendhend mematuhi syarat-syarat lesen peniaga sekendhend, tidak membeli atau menyimpan barang-barang curi dan juga harus memiliki lesen peniaga sekendhend sebagaimana termaktub dalam Akta Peniaga Sekendhend 1946 untuk beroperasi,” ujarnya.

Zulkipli berkata, IPD Sibu sentiasa komited dan fokus dalam usaha menangani kes-kes kecurian kabel pencawang, bateri, kecurian besi atau tembaga serta kecurian kenderaan serta motosikal.

“Kerjasama yang berterusan daripada pelbagai agensi ini bertujuan supaya tahap keselamatan di Bahagian Sibu dapat dipertingkatkan, selain mengurangkan kadar jenayah indeks,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan