Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah rumah yang dalam proses penambahbaikan di Jalan Kampung Luak di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.Foto JBPM

Rumah dalam proses penambahbaikan di Miri terbakar

MIRI, 20 Julai: Sebuah rumah yang dalam proses penambahbaikan di Jalan Kampung Luak di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes terbabit sekitar jam 9.05 malam sejurus itu menggerakkan 12 anggota Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Miri dengan bantuan BBP Lopeng ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal telah terbakar 30 peratus.

“Rumah tersebut dalam status penambahbaikan dan tiada mangsa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, pihak bomba menggunakan teknik pemadaman menggunakan dua aliran salur bantu mula, satu aliran 200 kaki satu dividing breeching dan dua nozel air dari jentera sehingga api berjaya dipadam.

“Setelah mendapati keadaan terkawal dan tiada lagi punca api, pihak bomba bertolak balik ke balai,” katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan