Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Dan Penyerahan Rasmi Kerja Pembinaan Pusat Komuniti DBNA Serian di Serian pada Sabtu. Foto TVS

Pembinaan Pusat Komuniti DBNA Serian siap Oktober 2025

SERIAN, 20 Julai: Pembinaan Pusat Komuniti Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Cawangan Serian yang menelan belanja RM4.2 juta dijangka akan siap pada pada 19 Oktober 2025.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata projek Pusat Komuniti DBNA Serian itu dianggarkan siap dalam tempoh 15 bulan.

Menurutnya kemudahan berkenaan tidak hanya terhad penggunaannya kepada bangsa Bidayuh sahaja namun ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menggunakannya.

“Dana itu adalah geran daripada Kerajaan Sarawak daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kita yang diberikan pada zaman Yang Berhormat Datuk Amar Michael Manyin.

“Ini untuk DBNA cawangan Serian tetapi itu tidak bermakna ia hanya untuk Bidayuh kerana sesiapa sahaja boleh pergi dan menggunakan bangunan ini sudah tentu dengan bayaran untuk penyelenggaraan bangunan,” katanya.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak itu berkata demikian semasa ditemui media selepas Majlis Pecah Tanah Dan Penyerahan Rasmi Kerja Pembinaan Pusat Komuniti DBNA Serian di Serian pada Sabtu.

Projek tersebut dibina di atas tanah yang berkeluasan 0.58 ekar dengan struktur bangunan dua tingkat berhadapan dengan Hospital Serian.

Antara fasiliti yang disediakan dalam bangunan tersebut adalah seperti dewan serbaguna, hostel, kantin dan sebagainya.

Dalam perkembangan lain, Sagah mengulas berkaitan isu kekurangan guru di Sarawak sedang diatasi dari semasa ke semasa melalui kerjasama bersama kementerian atau suruhanjaya yang terlibat.

Menurutnya Sarawak mengharapkan jumlah guru yang diperlukan akan dapat dipenuhi melalui sesi ujian dan temuduga yang sedang dilaksanakan Suruhanjaya Pendidikan Malaysia.

Katanya, selain memerlukan guru bahasa inggeris, Sarawak turut memerlukan tenaga pengajar bagi subjek-subjek yang lain melibatkan lebih 1000 kekosongan bagi Sekolah Rendah dan 200 bagi Sekolah Menengah.

“Pada ketika ini Suruhanjaya Pendidikan Malaysia sedang menjalankan temu duga untuk guru-guru dan kami berharap akan dapat memenuhi jumlah yang diperlukan dan Kami sering berbincang bersama kementerian pendidikan persekutuan serta suruhanjaya pendidikan yang menjalankan pengambilan guru berkenaan perkara ini.

“Kita kekurangan guru bukan sahaja bahasa Inggeris tetapi banyak lagi subjek lain yang turut kekurangan bahasa inggeris tidaklah kritikal sebenarnya hanya untuk sekolah rendah sahaja manakala setakat ini Kita ada lebih seribu guru yang masih belum diisi ntuk sekolah rendah dan bagi Sekolah menengah sebanyak lebih 200,” katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan