Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Usaha meningkatkan kerjasama Malaysia-Bahrain dalam pelbagai bidang untuk manfaat bersama antara dibincangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa kunjungan hormat beliau ke atas Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa, pada Jumaat. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Malaysia, Bahrain usaha tingkat kerjasama dalam pelbagai bidang

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Usaha meningkatkan kerjasama Malaysia-Bahrain dalam pelbagai bidang untuk manfaat bersama antara dibincangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa kunjungan hormat beliau ke atas Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa, pada Jumaat.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau dan Sheikh Hamad percaya usaha berterusan perlu dijalankan bagi meningkatkan kerjasama dalam politik, ekonomi, pendidikan, budaya, pelancongan dan kesihatan.

“Moga ulang tahun hubungan diplomatik Bahrain dan Malaysia ke-50 pada tahun ini juga bakal memberi lebih banyak peluang untuk memupuk kerjasama dan persahabatan dalam pelbagai bidang selain kerjasama ekonomi serta perkongsian pengalaman terkait sektor perbankan Islam global,” katanya.

Sheikh Hamad tiba di ibu negara pada Jumaat bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, yang akan berlangsung di Istana Negara hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan