Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin merakam kenangan bersama mereka yang hadir ke Kempen Sayangi Diri Kitak di Masjid Darul Iman Tudan pada Sabtu. Foto TVS

Lakukan ujian saringan kesihatan awal, elak penyakit tidak diingini

MIRI, 20 Julai: Masyarakat digalakkan untuk melakukan ujian saringan kesihatan sendiri dengan melibatkan diri ke program kesihatan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin berkata penglibatan mereka merupakan tindakan awal dalam membendung sebarang kemungkinan penyakit selain memupuk sifat peka terhadap penjagaan kesihatan masing-masing.

“Kita harap dengan adanya program ini, rakyat sekalian akan faham bagaimana mereka mesti jaga kesihatan diri melalui program ini. Kita mesti periksa tekanan darah mereka dan paras gula dalam darah dan lain-lain.

“Kita harap melalui program ini, apabila rakyat sedar dan faham bagaimana mereka boleh jaga kesihatan diri sendiri. Kita harap akan mengadakan masyarakat yang sejahtera yang kita boleh kurangkan penyakit dalam kalangan rakyat kita iaitu kita mahu rakyat kita sihat,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak berkata demikian semasa Kempen Sayangi Diri Kitak di Masjid Darul Iman Tudan pada Sabtu.

Program hari ini dianjurkan Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Borneo Medical Centre (BMC) Miri merupakan sebahagian program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di peringkat kampung.

Terdapat tujuh program secara keseluruhannya akan diadakan di kawasan kampung sekitar Tudan dan Riam dan lokasi hari ini merupakan penganjuran yang pertama kali.

Program ini juga merupakan inisiatif jangkauan komuniti yang tertumpu kepada kesihatan wanita dan bertujuan untuk memanfaatkan ujian mamogram bersubsidi LPPKN bagi menjadikannya lebih mudah diakses oleh wanita di Miri.

Dalam pada itu, beliau juga menggalakkan mana-mana warga emas berumur 60 tahun ke atas dan golongan B40 yang layak untuk memohon inisiatif program Faedah Kesihatan Warga Emas di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.

Mereka yang layak akan mendapat pemeriksaan kesihatan dan rawatan biasa seperti demam dan batuk di hospital dan klinik swasta yang dipilih dengan had maksimum RM500 seorang setahun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan