Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan meletakkan Al-Quran, lambang kemuliaan Islam sebagai agama rasmi negara pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara hari ini. Foto Bernama

Ikrar Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17

ByMuqri Aziz

KUCHING, 20 Julai: Sultan Ibrahim selamat ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 sempena Istiadat Pertabalan dalam suasana penuh tradisi dan adat Raja-Raja Melayu di Balairong Seri, Istana Negara di ibu negara hari ini.

Istiadat Pertabalan itu menyaksikan pemasyhuran kepada seluruh dunia bahawa Sultan Ibrahim telah bersemayam di takhta sebagai Ketua Tertinggi Negara yang menggalas tanggungjawab menjadi payung mahkota menaungi rakyat Malaysia untuk tempoh lima tahun.

“Saya Sultan Ibrahim bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala, kerana dengan izin-Nya saya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong.

“Dengan ini, saya akan menjalankan seadil-adilnya pemerintahan bagi Malaysia mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara, serta memelihara dengan sempurnanya setiap masa agama islam, dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman dalam negara,” ikrar baginda menerusi Warkah Ikrar yang dipersembahkan Datuk Paduka Maharaja Lela.

Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah itu juga menyempurnakan peruntukan Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan, selain bukti kesinambungan pemerintahan Raja Melayu dengan sistem pelantikan Yang di-Pertuan Agong secara bergilir yang hanya diamalkan di Malaysia.

Lebih signifikan, Sultan Ibrahim yang buat kali pertama bersemayam di takhta Kerajaan Persekutuan itu, ialah generasi kedua Kesultanan Johor untuk menggalas tanggungjawab berkenaan selepas Almarhum Paduka Ayahanda, Sultan Iskandar Ismail dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan pada 1984 hingga 1989.

Pemilihan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 oleh Raja-Raja Melayu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-263 (Khas) di Istana Negara pada 27 oktober 2023 dan Seri Paduka Baginda seterusnya mengangkat sumpah jawatan pada 31 Januari di Istana Negara.

Pelantikan Seri Paduka Baginda adalah bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang yang menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari lalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan