Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Empat orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Indonesia diusir keluar hari ini dari Sektor Pos GABMA Biawak pada sekitar jam 10.37 pagi. Foto TDM

Empat PATI diusir dari Sektor Pos GABMA Biawak

ByOdleen Catherny

KUCHING, 20 Julai: Seramai empat orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) diusir keluar hari ini dari Sektor Pos GABMA Biawak pada sekitar jam 10.37 pagi.

Operasi dilaksanakan di bawah formasi Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) berjaya melakukan tangkapan di sektor berkenaan berdekatan lorong tikus iaitu jarak lebih kurang 150 meter dari sempadan Indonesia.

Menurut kenyataan daripada Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen pada Sabtu, ini merupakan pengusiran ketiga PATI di Sektor Pos GABMA Biawak.

“Kesemua empat orang PATI telah ditahan oleh Sub Unit yang sama iaitu sepasukan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI – AD) yang sedang melaksanakan penugasan rondaan.

Sehingga ke hari ini jumlah keseluruhan PATI yang telah diusir keluar adalah seramai 140 orang,” menurut kenyataan lagi.

Hasil daripada penahanan dan pemeriksaan terhadap empat orang PATI dalam lingkungan umur 26 hingga 50 tahun tersebut mendapati tiada barang terlarang serta berbahaya dijumpai.

Anggaran nilai keseluruhan barangan yang diperiksa adalah berjumlah RM 7,977.00 iaitu melibatkan wang tunai, telefon bimbit, beg dompet dan beg pakaian.

“Kesemua empat orang PATI telah di bawa ke sempadan negara untuk pengusiran. Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lundu bagi menentukan tindakan pengusiran dibuat dengan betul mengikut peraturan semasa,” jelas kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan