Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM) dari Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) merampas 930 kilogram daun ketum di sempadan Malaysia-Thailand di sini semalam. Foto 2 Divisyen

ATM rampas 930 kg daun ketum diseludup ke Thailand

PADANG TERAP, 20 Julai: Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) menggagalkan cubaan menyeludup keluar kira-kira 930 kilogram (kg) daun ketum ke negara jiran melalui sempadan Malaysia-Thailand di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia di sini semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan berkata, pasukan operasi mengesan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 11.30 pagi di kawasan hutan.

“Pasukan operasi cuba menahan kenderaan itu, namun suspek telah meninggalkan kenderaan dan melarikan diri ke dalam hutan di kawasan sempadan selepas menyedari kehadiran anggota.

“Hasil siasatan mendapati terdapat 93 bungkusan mengandungi daun ketum seberat 930 kg dengan anggaran nilai RM74,400 di dalam kenderaan tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.

Ujarnya, hasil rampasan termasuk kenderaan dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM99,400 kemudiannya diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap untuk tindakan selanjutnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan