Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn (empat dari kiri) menyampaikan hadiah kemenangan kepada juara Kejohanan Debat Piala Premier Sarawak 2024, SMK Lawas. Foto Mohammed Raffiq (TVS)

UM, Swinburne meterai MoU wujudkan jurusan undang-undang di Sarawak

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 19 Julai: Matlamat Sarawak mewujudkan program ijazah undang-undang dengan kepujian di institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri bakal direalisasikan dengan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi Swinburne dan Universiti Malaya hari ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerjasama dua institusi pengajian terbabit merupakan sebuah lakaran sejarah dalam bidang pendidikan di wilayah ini.

“MoU antara Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Swinburne bermatlamat untuk mewujudkan program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) di Sarawak.

“Inisiatif ini menggariskan komitmen kerajaan negeri dalam menyediakan peluang pengajian secara menyeluruh dari peringkat rendah hingga ke pengajian tinggi.

“Dengan memastikan para pelajar mendapat akses kepada program-program pendidikan secara meluas, kita sebenarnya sedang mempersiapkan mereka dengan pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan untuk menguasai satu-satu bidang,” kata beliau.

Abang Johari berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn pada majlis penutupan Kejohanan Debat Piala Premier Sarawak 2024 di Universiti Teknologi Swinburne, di sini hari ini.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berucap mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada majlis penutupan Kejohanan Debat Piala Premier Sarawak 2024 hari ini. Foto Mohammed Raffiq (TVS)

Sementara itu, bercakap berkenaan kejohanan hari ini, Abang Johari menyifatkan ia adalah platform yang baik bagi memperkasa penggunaan dwibahasa dalam kalangan pelajar khasnya di Sarawak.

Beliau pada masa sama turut menekankan peranan golongan muda dalam memastikan kualiti pendidikan di wilayah ini berada di tahap tertinggi dan terbaik.

“Saya amat gembira dan bangga apabila melihat banyak inisiatif dilaksanakan bagi menjayakan dasar pendidikan yang kerajaan negeri telah tubuhkan.

“Tahun ini sahaja kita telah menggunakan dana sejumlah RM100 juta dengan persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menambah baik dan menaik taraf sekolah-sekolah di Sarawak. Selain itu kita juga telah mengumumkan bahawa pada 2026 kita akan mula laksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam Bahasa Inggeris.

“Seterusnya Sarawak juga akan menyediakan pendidikan percuma buat anak-anak Sarawak di universiti milik Sarawak pada 2026 kelak, justeru anak-anak semua diingatkan untuk belajar bersungguh-sungguh,” katanya.

Untuk rekod, kejohanan tersebut menyaksikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lawas menjadi juara keseluruhan bagi edisi kali ini, manakala tempat kedua dirangkul SMK Batu Lintang.

Manakala bagi kategori Bahasa Malaysia pula, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu muncul juara manakala PPD Miri di tempat kedua. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan