Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak Isnin lepas di Lurah Bilut, Bentong. Foto tular media sosial

Polis Bentong minta bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang

ByBernama

KUANTAN, 19 Julai: Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak Isnin lepas di Lurah Bilut, Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Nur Aina Faqihah Sharizan, 17, sekitar 12.15 tengah hari Rabu lepas.

Beliau berkata gadis itu berkulit sawo matang, mempunyai ketinggian dianggarkan 165 sentimeter dan berbadan sederhana itu dilaporkan kali terakhir dilihat di Kampung Lama, Lurah Bilut, Bentong.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi pusat kawalan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong di talian 09-2231999. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan