Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pengasuh didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menganiaya seorang bayi lelaki berusia 18 hari dengan mencampurkan ubat selesema ke dalam botol susu kanak-kanak itu, bulan lepas.Foto hiasan, Envanto.

Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak mula guna e-PG semalam

ByBernama

KOTA KINABALU, 19 Julai: Sistem Pengakuan Salah Kes Trafik Secara Dalam Talian yang juga dikenali sebagai e-PG mula digunakan di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak semalam.

Dalam kenyataan di sini semalam, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak memaklumkan telah mengguna pakai inovasi itu dan memperkenalkan modul e-PG mereka sendiri melalui e-Kehakiman Sabah dan Sarawak (e-KSS).

“Sistem yang inovatif ini membolehkan individu didakwa di bawah 42 kesalahan trafik ringan membuat pengakuan salah secara elektronik sekali gus meningkatkan kecekapan dan kebolehcapaian serta mengurangkan keperluan untuk mereka hadir di mahkamah,” menurut kenyataan itu.

E-PG pertama kali digunakan di Mahkamah Magistret Shah Alam pada 5 Feb 2021.

Menurut kenyataan itu platform e-PG menawarkan ‘interface’ yang selamat dan mesra pengguna untuk penerima saman trafik memahami tata cara pengakuan salah secara dalam talian dan ia dianggap wajar serta dibenarkan oleh undang-undang.

Kenyataan itu memaklumkan dengan membenarkan penerima saman menyelesaikan kes mereka secara jarak jauh ia dapat menjimatkan masa, mengurangkan kesesakan di mahkamah dan memberi pilihan yang lebih wajar kepada individu yang mungkin menghadapi rintangan untuk hadir di mahkamah. – TVS

Tags: e-PG, mahkamah

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan