Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Barisan kemimpinan Kerajaan Sarawak diketuai Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada Majlis Menandatangani MoU Antara Kerajaan Sarawak dengan LTAT di Menara Affin, TRX di sini hari ini. Foto, Faitullah Morni (TVS).

LTAT mahu terus kukuh kerjasama dengan Sarawak

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mahu terus bekerjasama rapat dalam pembangunan ekonomi dengan Kerajaan Sarawak.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata, LTAT sudah lama bertapak di Sarawak menerusi rangkaian perniagaannya yang telah memanfaatkan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta peniagaan tempatan.

Proses jual beli saham Affin Bank kepada Sarawak selesai bulan depan – Abang Johari

Kata beliau antara sub perniagaan LTAT di wilayah itu termasuklah sistem kewangan, minyak dan gas, farmaseutikal serta perladangan.

“Terdapat enam ladang sawit milik Boustead Plantations dengan keluasan 10,320 hektar serta dua kilang pemprosesan minyak sawit di Sarawak.

“Pharmaniaga Logistic Berhad Cawangan Kuching juga beroperasi sebagai entiti pengedaran dan pemasaran produk farmaseutikal.

“Kehadiran ini mencerminkan komitmen dan penglibatan LTAT dalam memperkasa ekonomi Sarawak selain menyokong kesejahteraan warga pertahanan serta veteran ATM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bercakap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Kerjasama Pelaburan Strategik antara Kerajaan Sarawak dan LTAT di Menara Affin, Tun Razak Exchange (TRX) di sini hari ini.

Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, Datuk Seri Dr Wan Lizozman Wan Omar mewakili Kerajaan Sarawak manakala Ketua Pegawai Eksekutif LTAT, Mohammad Ashraf Md Radzi menandatangani bagi pihak lembaga itu.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengetuai delegasi Kerajaan Sarawak pada majlis itu.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, tiga Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Sementara itu tambah Adly, antara syarikat lain berkaitan LTAT yang beroperasi di wilayah itu termasukla BHP, Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA), UAC Berhad dan Affin Bank.

Mengulas lanjut, beliau berkata Sarawak menjadi satu-satunya negeri yang mempunyai struktur kukuh dalam kualiti penjagaan veteran ATM.

“Saya percaya Sarawak mampu menjadi pusat tumpuan ekonomi yang akan memberi pulangan besar kepada ATM dan veterannya.

“Perjanjian ini juga akan memberikan mafaat besar kepada wang simpanan persaraan anggota ATM dan LTAT melalui kerjasama pelaburan strategik ini.

“Dana persaraan anggota ATM akan terus diurus dengan lebih efektif dan efisien memastikan pulangan yang lebih baik dan stabil,” tambahnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan