Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan

Individu dikompaun RM25,000, muat naik kandungan palsu di Facebook – MCMC

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Seorang lelaki dikenakan kompaun RM25,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kerana kesalahan memuat naik kandungan palsu di Facebook berkaitan penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran tahun ini.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan individu berkenaan dikenakan kompaun itu mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 apabila memuat naik status di Facebook dengan menyebut bahawa majlis tahunan anjuran kerajaan itu tidak diadakan kali ini setelah dipengaruhi pihak tertentu.

“Individu tersebut turut menggunakan perkataan yang menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R),” menurut kenyataan itu.

Menurut MCMC, Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 melarang pembuatan atau penghantaran komunikasi bersifat jelik, lucah atau sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu orang lain.

Sekiranya disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali.

“MCMC memandang serius penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian dan aplikasi media sosial. Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, MCMC mengingatkan orang ramai untuk tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu.

Orang ramai juga perlu sentiasa berwaspada mengenai sebarang maklumat diterima dan merujuk kepada pihak berwajib atau sumber rasmi untuk pengesahan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan