Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Galeri pameran Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Pantai Kala Dana sempena Pesta Kaul Mukah 2024. Foto Yazid Ibrahim (TVS)

Galeri Tun Taib ubati rindu warga Mukah terhadap Bapa Pemodenan Sarawak

ByHafeezzur Muzamir

MUKAH,19 Julai: Galeri pameran bekas Yang di-Pertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Pantai Kala Dana sempena Pesta Kaul 2024 mengubati rindu warga Mukah terhadap jasa dan sumbangan Bapa Pemodenan Sarawak itu yang telah mengabadikan lebih separuh hayatnya untuk pembangunan negeri ini.

Galeri itu yang pertama kali diperkenalkan pada acara ikonik di bahagian Mukah itu mempamerkan pelbagai barangan peribadi Allahyarham termasuk kaset lagu artis kegemarannya iaitu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Menurut Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Mukah, Nur Syuhaida Mohd Saifuddin, galeri itu merupakan cetusan idea anaknya yang juga Ahli Parlimen di kawasan ini iaitu Datuk Hanifah Hajar Taib.

“Di sini kami himpunkan senarai anugerah yang diterima Tun Taib dari mula kerjaya politiknya dan beberapa barang peribadinya dari Rumah Seri Mukah.

“Antaranya baju, kaset lagu dan radio yang ditinggalkan di Rumah Seri Mukah yang merupakan tempat persinggahan Allahyarham ketika datang ke sini untuk melakukan lawatan kerja,” katanya ketika ditemui TVS di Pesta Kaul Mukah 2024 di Pantai Kala Dana di sini, hari ini.

Syuhaida berkata, galeri itu yang mula beroperasi sejak Khamis dibuka kepada orang ramai sehingga 22 Julai ini. Masuk adalah percuma.

Sementara itu, seorang pengunjung dari Bintulu, Razali Sili tidak dapat menyembunyikan kesedihannya setelah melihat sendiri koleksi barangan peribadi Tun Taib yang disifatkannya sebagai pemimpin tiada galang ganti.

“Saya memang minat keperibadian beliau, sangat teruja dengan kepimpinan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak dalam memajukan negeri ini.

“Galeri ini benar-benar mengubati rindu terhadap beliau. Saya merindui cara beliau berkomunikasi dengan rakyat, Tun Taib tidak pilih bangsa dan agama, dia berjiwa rakyat,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan