Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Hanifah Hajar Taib ketika mengdakan lawatan di gerai-gerai komuniti Pesta Kaul Mukah 2024 di Pantai Kala Dana, di sini, hari ini. Foto Yazid Ibrahim (TVS)

Cadang Galeri Tun Taib dibuka di festival, majlis rasmi – Hanifah

ByHafeezzur Muzamir

MUKAH, 19 Julai: Pembukaan galeri pameran bekas Yang di-Pertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dicadang untuk diadakan di festival atau majlis rasmi sekiranya mendapat sokongan Kerajaan Sarawak.

Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib mengakui, pengwujudan galeri pameran berkenaan merupakan platform terbaik bagi rakyat untuk mengamati dan menghayati pengorbanan Bapa Pemodenan Sarawak itu.

Menurutnya galeri itu yang pertama kali membuka pintunya sempena Pesta Kaul Mukah 2024 di Pantai Kala Dana menyaksikan sambutan yang amat baik daripada para pengunjung di sini.

Hanifah memberitahu rakyat Sarawak terutamanya warga Mukah mengakui masih merasai kehilangan Allahyarham Tun Taib, justeru itu penubuhan galeri terbabit membolehkan rakyat melepaskan rindu dengan menatap koleksi peribadi milik beliau.

“Dengan adanya galeri ini saya berharap ia akan memberikan kenangan manis kepada pengunjung dan membolehkan mereka mengenali keperibadian Tun Taib.

“Secara umumnya keperibadiannya dikenali ramai, namun dari segi kaitannya dengan penduduk di bahagian Mukah masih penting. Galeri ini adalah penghargaan bersama dengan warga Mukah,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan di gerai-gerai komuniti Pesta Kaul Mukah 2024 di Pantai Kala Dana, di sini, hari ini.

Turut mengiringi, Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia itu di sini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine.

“Kita boleh mencadangkan tetapi ia tetakluk kepada Kerajaan Sarawak. Tun Taib telah berbakti hampir 50 tahun untuk negeri ini, kita mahu bekerjasama untuk membuka galeri ini di tempat-tempat lain,” katanya.

Galeri itu yang dibuka sejak Khamis menjadi antara lokasi tumpuan orang ramai yang singgah berkunjung ke Pesta Mukah untuk mengenali budaya, adat dan tradisi Masyarakat Melanau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan