Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Atlet Pahang direhatkan daripada sebarang kejohanan lain, fokus SUKMA 2024 – MSP

ByBernama

KUANTAN, 19 Julai: Atlet Pahang yang akan terlibat dengan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 di Sarawak bulan depan sudah mula direhatkan daripada menyertai sebarang kejohanan ketika ini, bagi memastikan mereka bebas daripada sebarang kecederaan yang boleh menjejaskan penyertaan di temasya sukan dwi-tahunan itu nanti.

Pengarah Majlis Sukan Pahang (MSP) Zamri Hassan berkata kumpulan pertama atlet akan berlepas ke Sarawak pada 6 Ogos, disusuli pasukan seterusnya pada 15 Ogos, dan persiapan atlet negeri kini berada pada tahap maksimum.

“Atlet yang berlatih di luar negara juga sudah pulang bagi membuat persiapan selebihnya di Pahang,” katanya ketika dihubungi Bernama.

SUKMA ke-21 dari 17 hingga 24 Ogos ini menyaksikan Pahang mempertaruhkan 603 atlet yang akan menyertai 36 acara, masing-masing 327 lelaki dan 276 wanita dengan 50 peratus daripada mereka merupakan atlet baharu.

Zamri berkata lebih 58 warga MSP akan mengiringi kesemua atlet terbabit bagi menguruskan segala keperluan mereka.

Pahang menyasarkan 40 pingat emas pada SUKMA 2024 dalam beberapa acara antaranya menembak, silat, hoki, olahraga dan memanah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan