Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nur Hazirah muncul juara dunia acara berpasukan di Korea Selatan hari ini.

TERKINI: Nur Hazirah, rakan – rakan muncul juara dunia di Korea Selatan

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Pemain boling Sarawak, Nur Hazirah Ramli mengetuai pasukan remaja perempuan Malaysian muncul juara dunia di Incheon, Korea Selatan, sebentar tadi.

Nur Hazirah, Anis Hannani, Adelia Nur dan Adania Redzuan menewaskan musuh tradisi, Singapura 2-0 dalam acara akhir berpasukan wanita pada Kejohana Boling Remaja Dunia.

Aksi game pertama menyaskikan Malaysia menang 221 berbalas 211.

Gelaran sah milik kem negara apabila mereka meneruskan balingan cemerlang pada perlawanan kedua menerusi keputusan 236-190.

Semalam Nur Hazirah turut menyumbang pingat gangsa bagi acara berpasukan campuran. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan