Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SUKMA 2024 akan membuka tirai pada 17 Ogos ini.

SUKMA: Kem taekwondo Sarawak sasar enam emas

LUNDU, 18 Julai: Kem taekwondo Sarawak menyasarkan enam pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan membuka tirai 17 Ogos ini.

Sehubungan itu, Pembantu Chef De Mission (skuasy dan taekwondo) kontinjen Sarawak, Azizul Annuar Adenan berkata atlet-atlet taekwondo kini giat menjalani latihan di luar negara.

Menurutnya, atlet taekwondo kategori poomsae sedang berlatih di Vietnam manakala bagi kategori kyorugi giat berlatih di Thailand.

“Sasaran lima ke enam emas saya berharap taekwondo pada kali ini akan memberi kejutan yang menggembirakan kepada rakyat Sarawak kepada kontinjen Sarawak,” katanya ditemui selepas Majlis Pelancaran Kempen Just Say No To Styrofoam di sini, hari ini.

Azizul yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu berkata, atlet skuasy juga sedang berlatih di luar negara dengan tumpuan kepada atlet berasal dari Miri iaitu Harith Danial yang baru-baru ini layak ke separuh akhir World Junior Squash Championships. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan