Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hadir Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu di Parlimen hari ini.

Sarawak manfaat sumber semula jadi ‘cipta’ ekonomi hijau, tarik pelabur – Awang Tengah

ByJeeridyne

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Sarawak memberi tumpuan kepada pembangunan tenaga boleh diperbaharui berasaskan sumber sedia ada di wilayah berkenaan, kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata, perkembangan itu juga telah menarik pelabur asing untuk membuka atau mengembangkan operasi mereka di wilayah berkenaan.

Katanya, ini kerana Sarawak mempunyai potensi membangunkan tenaga hijau melalui empangan hidro, empangan melata, tenaga solar, biomas dan gas.

“(Malah) kita telah menetapkan sasaran menjelang 2030, Sarawak dapat menghasilkan sekurang-kurangnya 10,000 megawatt (MW) elektrik terutamanya melalui sumber tenaga hijau,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu di Parlimen hari ini.

Semalam ketika menghadiri Majlis MIDA Invest Series Sarawak, Awang Tengah berkata, dasar dan hala tuju yang jelas berkaitan tenaga boleh baharu menjadi antara faktor utama pelabur asing berminat untuk menjalankan aktiviti pelaburan dan perniagaan di Sarawak.

Tambah beliau, Sarawak juga mewujudkan persekitaran yang dinamik kepada pemain industri dan pihak berkepentingan dalam penyelesaian tenaga mampan dan boleh diperbaharui.

Berkaitan ekonomi hijau yang lain, Awang Tengah memaklumkan, Kerajaan Sarawak melaksanakan pelbagai usaha termasuk membabitkan aspek perundangan yang membuktikan mereka bersedia menjadi pemain utama sektor tenaga baharu di rantau ini.

“Kita turut memberi tekanan kepada Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) dan juga perdagangan karbon serta aktiviti karbon untuk tujuan tersebut.

“Malah Sarawak juga telah meminda undang-undang berkaitan seperti kanun tanah dan ordinan hutan untuk membuka laluan kepada aktiviti-aktiviti berkenaan dilaksanakan,” tambah beliau. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan