Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesta Batang Kayan akan kembali memeriahkan pekan Lundu dengan acara utamanya, Regata Batang Kayan.

Regata Batang Kayan kembali dengan 17 kategori perlumbaan

LUNDU, 18 Julai: Pesta Batang Kayan akan kembali memeriahkan pekan Lundu pada 26 sehingga 28 Julai 2024 dengan acara utamanya Regata Batang Kayan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan selaku penaung bagi pesta ini berkata, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bakal hadir bagi merasmikan pesta itu pada 26 Julai 2024.

“Regata Batang Kayan akan mempertandingkan 17 kategori termasuk Raja Sungai. Regata Batang Kayan ini merupakan satu acara disenarai dalam Kalendar Pelancongan Sarawak,” katanya ditemui selepas Majlis Pelancaran Kempen Just Say No To Styrofoam di sini, hari ini.

Pesta ini dijangka akan menarik ribuan pengunjung kerana Regatta Batang Kayan sering menjadi medan pemanas badan bagi pasukan dan peserta yang bakal menyertai Regata Sarawak.

Setakat ini 20 pasukan sudah mengesahkan tempat untuk bertanding dalam pelbagai kategori.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan