Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Royston Valentine ketika ditemui TVS pada Pertandingan Tarian Tradisional Melanau sempena Pesta Kaul Mukah pada Rabu. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Rancang naik taraf Tapak Pesta Kaul Mukah

ByHafeezzur Muzamir

MUKAH, 18 Julai: Wujud perancangan untuk menaik taraf Tapak Pesta Kaul di Pantai Kala Dana dengan memperbesarkan ruang niaga pada acara tahunan ikonik bahagian Mukah itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, hasrat itu sudah disampaikan pihaknya kepada Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) yang sedang dikaji kebolehlaksanaannya.

“Sekiranya ia dilaksanakan, pelbagai lagi aktiviti lain kita boleh masukkan dalam Pesta Kaul ini. Tapak sedia ada kita kekalkan, cuma tambah baik kemudahannya,” katanya ketika ditemui TVS pada Pertandingan Tarian Tradisional Melanau sempena Pesta Kaul Mukah di sini pada Rabu.

Mengulas mengenai pertandingan yang julung kali diadakan itu, Royston berkata penganjurannya sebagai platform terbaik dalam mengangkat budaya dan adat masyarakat Melanau menerusi tarian.

“Pesta Kaul Mukah ini merupakan platform sesuai untuk memartabatkan adat budaya Melanau melalui tarian. Kita sudah melihat saingan yang cukup hebat antara empat kumpulan yang bertanding pada peringkat akhir dan kita harap tahun akan datang lebih banyak kumpulan akan sertai pertandingan ini bagi mempamerkan keunikan tarian tradisional Melanau kepada pengunjung luar,” ujarnya.

Pertandingan itu menyaksikan kumpulan Tari D’Sibu muncul juara sekali gus membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta piala.

Tempat kedua pula menjadi milik kumpulan Sanggar Tari Mukah dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000 dan kumpulan Tari Sri Ritma Borneo berpuas hati ditempat ketiga dengan RM3,000.

Pesta Kaul Mukah 2024 berlangsung dari 13 hingga 21 Julai ini bertempat di Pantai Kala Dana dengan kehadiran pengunjung pada edisi kali ini dijangka mencecah 30,000 orang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan