Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perak tidak menerima sebarang laporan berhubung seorang pemandu e-hailing dari Kuala Lumpur yang dilaporkan hilang selepas menghantar penumpang ke Teluk Intan pada 11 Julai lepas. Foto hiasan Envato

Polis Perak tidak terima laporan kehilangan pemandu e-hailing

ByBernama

IPOH, 18 Julai: Polis Perak tidak menerima sebarang laporan berhubung seorang pemandu e-hailing dari Kuala Lumpur yang dilaporkan hilang selepas menghantar penumpang ke Teluk Intan pada 11 Julai lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata bagaimanapun, pihaknya sedia memberi kerjasama sekiranya terdapat bukti mangsa berusia 33 tahun itu masih berada di sekitar negeri ini.

“Jika kehilangan itu berlaku di negeri ini, maka sudah tentu kita beri kerjasama, namun siasatan sudah tentulah dilakukan di bawah balai negeri berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Dalam satu laporan media semalam, mangsa Syahrul Ashraf Dahlan yang tinggal di Pandan Indah, Kuala Lumpur gagal dihubungi selepas kali  terakhir mangsa memaklumkan kepada ahli keluarga melalui aplikasi WhatsApp bahawa dia akan menghantar penumpang ke Teluk Intan.

Satu laporan polis berhubung kehilangan itu telah dibuat di Balai Polis Pandan Indah, Kuala Lumpur oleh ahli keluarganya pada 11 Julai lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan