Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 yang diadakan di Istana Negara selama dua hari bermula semalam antara lain membincangkan mengenai pelantikan Pengerusi dan Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Profesor Diraja. Foto Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (FB)

Mesyuarat Majlis Raja-Raja bincang pelantikan Pengerusi SPA, SPR dan Profesor Diraja

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 yang diadakan di Istana Negara selama dua hari bermula semalam antara lain membincangkan mengenai pelantikan Pengerusi dan Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Profesor Diraja.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara lain yang turut dibincangkan dalam mesyuarat itu ialah cadangan dasar baharu pindaan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan berhubung perkara kewarganegaraan.

Kenyataan itu memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah berkenan berangkat hadir pada hari kedua mesyuarat yang berlangsung hari ini, diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Majlis telah disembahkan taklimat terkini mengenai keselamatan negara oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan mengenai pertahanan negara oleh Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Mohammad Ab Rahman,” menurut kenyataan itu.

Mesyuarat itu dipengerusikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Turut berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 itu ialah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim (hari pertama), Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail (hari kedua).

Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah turut berangkat ke mesyuarat berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan