Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kereta dipandu Voon Chuang Seng yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 41, Jalan Sri Aman-Kuching petang semalam. Foto IPD Sri Aman

Mangsa kemalangan meninggal dunia ketika menerima rawatan

SRI AMAN, 18 Julai: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 41, Jalan Sri Aman-Kuching di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mathew Manggie berkata Voon Chuang Seng, 46, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sri Aman.

Menerusi kenyataan hari ini, polis menerima laporan berhubung kes itu 4.20 petang daripada orang awam.

“Mangsa terlibat dalam kemalangan kendiri dan mengalami kecederaan dalaman dikejarkan ke hospital bagi mendapat rawatan.

“Pada 6.48 petang Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman dihubungi pihak Hospital Sri Aman memaklumkan mangsa meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan