Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni hadir menziarahi ahli keluarga dipercayai waris serta ibu kepada Nur Farah Kartini Abdullah untuk pengecaman mangsa di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, hari ini. Foto Bernama

KKM tawar khidmat kaunseling kepada keluarga Nur Farah Kartini

ByBernama

SUNGAI BULOH, 18 Julai: Kementerian Kesihatan (KKM) menawarkan perkhidmatan kaunseling psikososial dan pascatrauma kepada keluarga Nur Farah Kartini Abdullah, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni.

“Saya mewakili Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menawarkan perkhidmatan kaunseling psikososial dan pascatrauma kepada mereka (keluarga mangsa),” katanya ringkas kepada pemberita semasa menziarahi keluarga mangsa kes pembunuhan itu di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh di sini.

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang sejak 10 Julai lepas dan mayatnya ditemukan kira-kira 6 petang pada Isnin.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga seorang anggota polis bertugas di Perak ditahan dan direman hingga 22 Julai ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Lukanisman juga berharap siasatan kes pembunuhan itu dapat dijalankan secara adil dan pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Sementara itu, abang kepada mangsa, Mohd Fariza Amir Abdullah, 28, memaklumkan jenazah adiknya akan dikebumikan selepas solat Asar di Pekan, Pahang selain turut menzahirkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan agar urusan keluarganya dipermudahkan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan