Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli keluarga dipercayai waris serta ibu kepada Nur Farah Kartini Abdullah tiba untuk pengecaman mangsa di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh hari ini. Foto Bernama

Keluarga Nur Farah Kartini mohon urusan tuntut jenazah dipermudah

ByBernama

SUNGAI BULOH, 18 Julai: Keluarga mangsa bunuh Nur Farah Kartini Abdullah berharap urusan tuntutan jenazah Allahyarham dipermudah dan disegerakan.

Abang mangsa Mohd Farriza Amir Abdullah, 28, berkata setakat ini ahli keluarga belum menerima sebarang perkembangan mengenai urusan berkenaan daripada pihak polis mahupun hospital.

“Belum ada sebarang perkembangan, doakan urusan kami dipermudah dan disegerakan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh mendapati pengamal media mula berkumpul sejak 8 pagi tadi bagi mendapatkan perkembangan terkini berkaitan tuntutan jenazah graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu.

Bagaimanapun tiada waris mangsa kelihatan di sekitar kawasan berkenaan.

Semalam, Ketua Polis Selangor memaklumkan jenazah Nur Farah Kartini, 25, hanya boleh dituntut selepas keputusan ujian padanan asid deoksiribonukleik (DNA) diperoleh daripada Jabatan Kimia berikutan pengecaman mayat yang tidak dapat dilakukan secara visual.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira 6 petang pada Isnin lepas.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Perak dan direman tujuh hari hingga 22 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan