Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Hala tuju kerjasama Malaysia-Iran tidak akan dipengaruhi pihak asing – Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hala tuju kerjasama Malaysia-Iran tidak akan dipengaruhi campur tangan atau pengaruh pihak asing sebaliknya berpandu sepenuhnya kepada manfaat dan kemakmuran rakyat kedua-dua negara.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkata perkara itu disampaikan kepada Presiden Terpilih Iran Dr Masoud Pezeshkian dalam perbualan telefon mereka semalam.

“Perbualan kami kemudian menyentuh mengenai komitmen berterusan kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan dua hala, pelaburan dan perdagangan Malaysia-Iran selain sedia memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang berpotensi yang masih belum diteroka sepenuhnya,” kata beliau.

Anwar turut mengucapkan tahniah kepada Pezeshkian yang akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Iran pada 30 Julai ini selain menzahirkan harapan untuk melihat negara itu terus berkembang hebat di bawah pimpinannya.

Beliau juga mengucapkan takziah atas pemergian bekas Presiden Iran Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter pada 19 Mei lepas.

“Saya juga sempat menyatakan penghargaan atas pendirian teguh Iran dalam perjuangan menuntut keadilan buat rakyat Palestin serta menentang kezaliman dan genosid yang dilakukan rejim Zionis Israel,” katanya.

Perdana Menteri berkata pada akhir perbualan itu, beliau menjemput Pezeshkian ke Malaysia sesegera mungkin dan pemimpin tersebut turut menjemputnya ke Iran untuk terus memperkukuh hubungan persahabatan kedua-dua negara.

Pezeshkian, 69, yang juga bekas Menteri Kesihatan, dipilih sebagai Presiden Kesembilan Iran pada pilihan raya 5 Julai lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan