Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang guru di pusat jagaan kanak-kanak di Kelana Jaya di sini ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pengabaian seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun hingga menyebabkan kecederaan. Foto hiasan Envato

Guru pusat jagaan ditahan disyaki terlibat kes pengabaian kanak-kanak

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Seorang guru di pusat jagaan kanak-kanak di Kelana Jaya di sini ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pengabaian seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun hingga menyebabkan kecederaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di sekitar Ampang, Selangor pada 1.13 tengah hari, semalam susulan laporan yang dibuat bapa mangsa.

“Hasil siasatan awal, suspek didapati telah menendang, memukul dan menarik mangsa secara kasar hingga terjatuh daripada kerusi. Terdapat juga kesan gigitan di tangan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana melakukan pengabaian terhadap kanak-kanak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan