Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee. Foto fail UKAS

Dr Annuar tamat LLB dengan kepujian, galak generasi muda sambung pengajian

SIBU, 18 Julai: Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee yang menamatkan pengajian Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dengan kepujian dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom (UK) menjadi pencetus inspirasi kepada rakyat Sarawak khususnya generasi muda.

Berkongsi berita itu di Facebook semalam, beliau berkata tiada had atau batasan untuk menuntut ilmu dan mengukir kejayaan dalam pendidikan.

“Jom anak-anak muda teruskan menuntut ilmu,” katanya.

Dr Annuar berkongsi berita itu selepas menerima e-mel yang mengesahkan beliau lulus peperiksaan akhir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka berusia 61 tahun itu berkata perkongsian berita itu untuk mencetus inspirasi kepada generasi muda dan sesungguhnya tiada batas usia untuk menyambung pengajian selagi ada keinginan serta keazaman.

Dr Annuar memulakan pengajian undang-undang melalui pembelajaran dalam talian yang ditawarkan oleh University of Hertfordshire dengan kerjasama Brickfields Asia College (BAC) pada 2022.

Beliau memperoleh Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) dari Universiti Malaya (UM) pada 1988 diikuti Sarjana Perubatan (MMed) dalam Internal Medicine dari St James University Hospital di Leeds, UK.

Dr Annuar menjadi pakar bidang kardiologi selepas memperoleh Sarjana Lanjutan Kardiologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) antara tahun 1998 dan 2001 selain pakar dalam pengimejan MRI jantung selepas menjalani latihan lanjutan di Deutsches Herzzentrum di Berlin, Jerman pada 2004.

Setakat tengah hari tadi catatannya di Facebook menerima 680 ucapan tahniah dan 135 perkongsian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan