Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan kerajaan akan memperkenal program akademik dan kokurikulum baharu berteraskan matlamat pembangunan mampan (SDG) di universiti tempatan. Foto hiasan, Envato.

Dewan Rakyat: KPT bakal perkenal kursus pembangunan mampan di universiti

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Kerajaan akan memperkenal program akademik dan kokurikulum baharu berteraskan matlamat pembangunan mampan (SDG) di universiti tempatan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, ia merupakan inisiatif kerajaan bagi membentuk pemikiran pelajar memahami konsep berkenaan.

Jelas beliau, kursus baharu itu perlu melalui dua peringkat saringan sebelum ditawarkan.

“(Ini melibatkan) mesyuarat saringan awam dan mesyuarat jawatankuasa pengajian tinggi,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Pakatan Harapan-Balik Pulau) yang bertanyakan usaha kerajaan mengetengah pemahaman matlamat pembangunan mampan di IPT.

Mengulas lanjut Mustapha berkata, program itu kelak akan turut melibatkan beberapa agensi dan badan profesional berkaitan seperti Perbadanan Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), TalentCorp dan Jabatan Perangkaan Malaysia.

Selain itu jelas beliau Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga akan terlibat.

“Panel ini akan memastikan kursus yang ditawarkan adalah berkaitan SDG dan menjadi antara usaha kementerian memastikan SDG diterapkan dalam program-program baharu,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan