Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh menerima cenderamata daripada Kolej Laila Taib ketika mengunjungi tapak pameran institusi itu pada Program Pendidikan dan Kerjaya Pro-Dr Project Of Dream Realized di Dewan Sentral Sarikei, hari ini. Foto TVS

Anak Sarawak wajar rebut peluang keemasan pendidikan percuma

SARIKEI, 18 Julai: Inisiatif pendidikan percuma Kerajaan Sarawak dua tahun lagi, perlu disambut baik oleh ibu bapa dalam usaha memastikan generasi muda itu tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, usaha itu juga memerlukan ibu bapa bersedia dari sekarang dengan memberi galakan serta motivasi kepada anak masing-masing.

Ini kerana katanya, usaha itu bakal melahirkan tenaga mahir atau pakar dalam bidang kritikal selari dengan keperluan semasa.

“Promosi yang sedang giat dilaksanakan hari ini bertujuan memastikan generasi muda kita faham dan bersedia untuk menikmati kemudahan yang akan disediakan itu.

“Ini juga bermatlamat memastikan mereka memanfaatkan peluang berkenaan dengan bersungguh-sungguh,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pendidikan dan Kerjaya Pro-Dr Project Of Dream Realized anjuran Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) di Dewan Sentral di sini, hari ini.

Menurut Len Talif, dasar pendidikan percuma itu bukan sahaja memberi nafas baharu dalam sektor pendidikan tetapi juga meringankan beban rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah atau B40.

Malah ujarnya, ibu bapa juga tidak perlu memikirkan yuran kemasukan yang tinggi untuk anak mereka ke menara gading apatah lagi silibus yang ditawarkan setara dengan pendidikan peringkat global.

“Ini merupakan sebahagian usaha murni kerajaan yang mempunyai matlamat jangka panjang. Kita juga mahu anak-anak Sarawak mempersiapkan diri dan terus melangkah ke hadapan seiring dengan kemajuan yang dikecapi,” katanya.

Program jerayawara kali ini melibatkan sebanyak 45 buah institusi pendidikan dan latihan, agensi kerajaan dan bantuan kewangan.

Penganjurannya menyediakan platform kepada pelajar melihat ruang dan peluang pendidikan dan kerjaya yang wujud di sekitar mereka sekali gus memberi pendedahan prospek pekerjaan untuk golongan muda.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan