Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pegawai polis forensik memeriksa sebuah bangunan selepas memadamkan kebakaran yang berlaku semalaman di bangunan kediaman di kawasan kejiranan kelas pekerja di bandar Nice di selatan Perancis, mengorbankan tujuh orang, selatan Perancis, pada 18 Julai 2024. Foto AFP

7 maut termasuk 3 kanak-kanak dalam kebakaran di selatan Perancis

ByBernama

PARIS, 18 Julai: Tujuh orang maut termasuk tiga kanak-kanak dalam kebakaran pada Rabu di Nice, Perancis, kata Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin di media sosial X, menurut Xinhua.

“Tindakan pantas pasukan bomba seharusnya dapat mengelakkan lebih banyak mangsa,” kata menteri itu, sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca kebakaran itu.

Menurut media tempatan, bangunan yang terbakar terletak di daerah Moulins, Nice. Sebanyak 25 jentera bomba dan 72 anggota bomba terlibat dalam usaha memadamkan kebakaran. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan