Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Dr Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah diiringi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta isteri Datuk Dayang Morliah Awang Daud. Foto Astana Negeri Sarawak

TYT Sarawak, isteri hadiri Majlis Santapan Ulang Tahun Keputeraan Ke-78 Sultan Brunei

ByRegina Lee

BRUNEI DARUSSALAM, 17 Julai: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi semalam menghadiri Majlis Santapan sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-78 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, di sini.

Tun Dr Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah diiringi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta isteri Datuk Dayang Morliah Awang Daud.

Turut hadir di Majlis Santapan berkenaan, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi serta isteri.

Majlis tersebut merupakan acara terakhir untuk sesi lawatan Tun Dr Wan Junaidi dan isteri di Brunei.

Program beliau diteruskan dengan kunjungan ke Kuala Lumpur selama empat hari bersempena Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim yang akan bermula esok, (17 Julai) hingga Sabtu, (20 Julai).

Terdahulu pada Isnin, beliau serta isteri mengadap Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan